Saturday, November 21, 2009
aku sedih keadaan ini
Sebenarnya pada hari khamis lalu,pak cik aku meninggal.Aku memang nak balik,tapi memandangkan aku sibuk dengan hal yang tak sepatutnye aku sibukkan,aku tak balik. Aku menyesal tak sudah sampai hari ni. Tambah pulak,cousin aku bercerita pasal pak cik aku yang meninggal tu.Orang yang solatkan jenazah allahyarham,penuh macam solat jumaat. Ya Allah,aku nanti macam mane agaknye.Memang aku sedih.Tapi aku diamkan je.
Hari ni,aku baru terdengar cerita pak cik aku yang kedua pulak sakit.Pakai pampers duduk kat hospital.Takde orang nak jage,memandangkan dia tak beristeri dan anak.Aku jadi sedih dengan keadaan tu.Semalam,cousin aku yang lelaki datang melawat dia di hospital.Dia siap cakap lagi,"nasib baik apit datang,kalau tak,takde orang nak melawat aku arini".Pilu nye hati aku ni mendengar.Aku sedih sangat.Tak tau la kenapa.
Aku sedekahkan sekalung al-fatihah buat ayah long ku yang sudah pergi serta doakan semoga pak ngah aku sihat. Tapi,kekesalan aku tetap ada dan takkan hilang.
Wednesday, October 21, 2009
lullaby
Ini adalah lullaby yang saya sangat suka,
Tuesday, October 13, 2009
hehe
" SAYA MAHU JADI LESS GEDIK TETAPI ANNYYS MAHU JADI
GATAL DAN NANA MAHU JADI SEPERTI DIRINYA"
Friday, September 25, 2009
boyfriend aku kedekut
Ini adalah kegeraman aku dengan si ikan pari. Sepanjang dua minggu bercuti ni,aku dah habiskan banyak ringgiiiiiiiiiiiit untuk call dia.Bukannya nak berkira,tapi asyik aku jer yang call,message sumer,dia tak call pon.Buat missed call lagi,adela.Itu memang kesukaan dia la tu,buat missed call.Aku tukang call.Katanya nak berjimat.Aku pun iyakan jer.ahaha.Lepas tu pandai pulak,nak sembang panjang-panjang,sebab kredit aku yang habis.Memang la suka nak menyembang.Aku menangis,duit raya buat beli topup.Ha,esok nak balik Malaysia,still dia nak aku call.Ish,memang dasar haji bakhil betol.Nak menyumpah pun ada.ahaha.Kalau nak tudung,kena pesan.Kalau aku tak pesan,tak dapatla jawabnya.Tak ke kedekut namanya tu?
Wednesday, September 23, 2009
blog pertama- syawal D brunei
Anitah first time aku buat blog..haha..setelah sekian lama c ikan pari suruh..akhirnya lapas parut ku kanyang baru tah kan tetulis..since ani adalah blog bersama..( i guess so..)aku tanpa segan silunya kan mengucapkan selamat hari raya evendoh lambat..
as usual raya 1st..open house utk family balah bapa..and kelurusan nada amah kami tah adi beradi jadi org catering walaupun hensem2 udah..tepaksa mengangkat pinggan, cuci pinggan etc. oh..lupa ku gtau yg baju raya ku hari raya ani warna grey..boleh la..
9 a.m.....
barutah kan start beraya..1st house arah rumah nini dapan a.k.a bapa punya mama..since kami datang lambat inda ampit makanan..den kerumah sbalah..arah rumah ngangah hjh normah, banyak makan kerupuk, kambung parut. next stop rumah ngah hj duraman, banyak makan popia damit......lama kelamaan barutah ku realize yang badan ku tah yang paling damit di antara semua cuzen ku yang hampir seumur..ada yang udah kan 6 kaki panjang, ada yang badan basar macam rikishi..gila kali eh..
2 p.m.....
kerumah nini di sungai hanching, ok la..di sana aku sakai main kamera SLR nini iring..and aku berazam kan membali satu jua..since gambar yang kamera atu produce lawa berabis..dari rumah nini kami konvoi ke rumah-rumah yang patut di kunjungi and bila balik dah kerumah aku ampar berabis setelah berjaya mendapat ampow sebanyak $15..dari sepuluh buah rumah..and aku masih confuse macam mana buleh dapat labih..
oo ya..aku bru ingat..buku Dan Brown baru siok berabis..The Lost Symbol..
atu saja kali dulu untuk isu kali ani..kalat mata ku udah..bah, selamat mendapat ampow sama melampuhkan diri..
*MARI BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU BRUNEI:
anitah=inilah
lapas=lepas
parut=perut
kanyang=kenyang
tah=lah
balah=sebelah
kelurusan=kebetulan
nada=tkde
amah=amah (duh..)
nini=nenek
dapan=depan
ampit=dapat
ngangah/ngah=mak ngah/pak ngah a.k.a. auntie
damit=kecik
siok=best
kalat mata=ngantok
lampuh=gemok, debab, gedempol, lemak berlebihan, obesity, sarung nangka,
buntal, dugong, besar, sendat, dan sewaktu dengannya..
wassalam~
Tuesday, September 15, 2009
oh akak!
Hari ni dah masuk 5 hari aku berada di rumah.Kali ni,aku tak boleh duduk goyang kaki je sebab persiapan raya untuk kali ini,semuanya dibahu aku.Dari mengemas,membasuh,pasang langsir,vakum rumah,buat kuih raya dan segala macam aktiviti yang sepatutnya kakak-kakak aku buat,sudah pun di ambil alih oleh aku.Oi,letihnya jangan cerita. Dengan kerenah kak ros(anak saudara aku) yang suka menyepahkan rumah,memang aku tak tahan.Jadi,setiap kali dia mess kan toys dia,aku akan jerit suruh dia kemas semula.Yang paling kejam,depan ibu dia aku jerit.Memang kejam.Tapi kakak aku ketawa jer bila aku buat macam gitu.Diorang dah faham perangai aku yang "suka makan budak" (bak kata cousins aku.ahahaha).Itu satu perkara.
Perkara kedua,aku dah siapkan 2 jenis kuih untuk raya kali ni.Hebat tak?Memang hebat.Selama ni aku tolong sibuk je,tapi kali ni aku yang buat.Rasa dia boleh la tahan.Takdelah teruk sangat.Nak rasa?Nanti aku kasik k.Dan kali ni jugak,aku dah jadi lebih rajin untuk jaga baby Adam,anak saudara aku yang latest.Comel kot dia tu.Muka siap ada dimple sebelah kanan.
Perkara ketiga.Petang tadi aku dah siap kemas bilik and aku jumpa banyak sangat kenangan lama-lama masa sekolah dan masa matriculation.Aku jadi rindu dengan zaman tu.And paling best,aku ada lagi mat yang aku dapat masa taaruf week kat matric.Korang ada lagi tak?Aku dah simpan benda tu dalam kotak kesayangan aku sekali dengan notes yang aku takkan buang.
Perkara keempat.Ini pasal kakakS aku yang tak habis-habis bertanyakan pasal yaakub.Aku sampai jer kat rumah bertalu-talu soalan aku dapat.Macam artis kan aku ni.hehe. Antara soalan yang ditanya adalah seperti berikut:
1)Adik,awak berkawan lagi dengan budak Brumei tu?
2)Budak Brunei tu rajin ke bagi hadiah kat awak?
3)Apa nama budak tu?KOBI ke AKOB?(akak aku buat2 tak tau)
4)Dia balik bila?
5)Eh,alang tak pernah tengok muka akob tu?Nak tengok boleh?
6)Dia dah balik Brunei ke belum?
Itulah kakakS aku.Kalu korang ada kakak,mesti kakak korang pun sama macam tu.Ha,ni lagi satu,"Brape ek harga tiket pergi Brunei?".Haih,aku pun tak tau nak jawab apa.
Malam ni,aku kena kemas ruang tamu.Bersihkan mana yang patut.Aku terima je memandangkan aku dah jadi anak dara and memang patut pon kena tolong mak aku.
Okaylah,setakat ni dulu.Aku ada hal sikit,nak main bunga api.Btw,depan rumah aku ada 12 pelita buluh.Seronok tau.Bila malam,cantik sangat.hehe.
Sekian.
p/s:aku masak lauk berbuka tadi.
Wednesday, September 9, 2009
aku dulu-dulu
Ini dulu-dulu punya feeling-feeling la kan.Kalau akob tak reply message aku or buat bodoh jer dgn aku ini adalah soalan-soalan yang bermain kat kepala ni:
a)aku buat salah ke?
b)dia ada perempuan lain ker?
c)dia hirau pasal aku lagi or tak?
d)kenapa dia tak call-call lagi?
Ha,itu antara soala-soalan yang bermain kat kepala ni.Teruk kan?Macam-macam sangat perangai ni.
sekian.
p/s:nak bahan aku la tu.