Saturday, November 21, 2009

aku sedih keadaan ini

cik ikan pari menulis;

Sebenarnya pada hari khamis lalu,pak cik aku meninggal.Aku memang nak balik,tapi memandangkan aku sibuk dengan hal yang tak sepatutnye aku sibukkan,aku tak balik. Aku menyesal tak sudah sampai hari ni. Tambah pulak,cousin aku bercerita pasal pak cik aku yang meninggal tu.Orang yang solatkan jenazah allahyarham,penuh macam solat jumaat. Ya Allah,aku nanti macam mane agaknye.Memang aku sedih.Tapi aku diamkan je.

Hari ni,aku baru terdengar cerita pak cik aku yang kedua pulak sakit.Pakai pampers duduk kat hospital.Takde orang nak jage,memandangkan dia tak beristeri dan anak.Aku jadi sedih dengan keadaan tu.Semalam,cousin aku yang lelaki datang melawat dia di hospital.Dia siap cakap lagi,"nasib baik apit datang,kalau tak,takde orang nak melawat aku arini".Pilu nye hati aku ni mendengar.Aku sedih sangat.Tak tau la kenapa.


Aku sedekahkan sekalung al-fatihah buat ayah long ku yang sudah pergi serta doakan semoga pak ngah aku sihat. Tapi,kekesalan aku tetap ada dan takkan hilang.

No comments: