Tuesday, September 15, 2009

oh akak!

cik ikan pari menulis:

Hari ni dah masuk 5 hari aku berada di rumah.Kali ni,aku tak boleh duduk goyang kaki je sebab persiapan raya untuk kali ini,semuanya dibahu aku.Dari mengemas,membasuh,pasang langsir,vakum rumah,buat kuih raya dan segala macam aktiviti yang sepatutnya kakak-kakak aku buat,sudah pun di ambil alih oleh aku.Oi,letihnya jangan cerita. Dengan kerenah kak ros(anak saudara aku) yang suka menyepahkan rumah,memang aku tak tahan.Jadi,setiap kali dia mess kan toys dia,aku akan jerit suruh dia kemas semula.Yang paling kejam,depan ibu dia aku jerit.Memang kejam.Tapi kakak aku ketawa jer bila aku buat macam gitu.Diorang dah faham perangai aku yang "suka makan budak" (bak kata cousins aku.ahahaha).Itu satu perkara.

Perkara kedua,aku dah siapkan 2 jenis kuih untuk raya kali ni.Hebat tak?Memang hebat.Selama ni aku tolong sibuk je,tapi kali ni aku yang buat.Rasa dia boleh la tahan.Takdelah teruk sangat.Nak rasa?Nanti aku kasik k.Dan kali ni jugak,aku dah jadi lebih rajin untuk jaga baby Adam,anak saudara aku yang latest.Comel kot dia tu.Muka siap ada dimple sebelah kanan.

Perkara ketiga.Petang tadi aku dah siap kemas bilik and aku jumpa banyak sangat kenangan lama-lama masa sekolah dan masa matriculation.Aku jadi rindu dengan zaman tu.And paling best,aku ada lagi mat yang aku dapat masa taaruf week kat matric.Korang ada lagi tak?Aku dah simpan benda tu dalam kotak kesayangan aku sekali dengan notes yang aku takkan buang.

Perkara keempat.Ini pasal kakakS aku yang tak habis-habis bertanyakan pasal yaakub.Aku sampai jer kat rumah bertalu-talu soalan aku dapat.Macam artis kan aku ni.hehe. Antara soalan yang ditanya adalah seperti berikut:
1)Adik,awak berkawan lagi dengan budak Brumei tu?
2)Budak Brunei tu rajin ke bagi hadiah kat awak?
3)Apa nama budak tu?KOBI ke AKOB?(akak aku buat2 tak tau)
4)Dia balik bila?
5)Eh,alang tak pernah tengok muka akob tu?Nak tengok boleh?
6)Dia dah balik Brunei ke belum?

Itulah kakakS aku.Kalu korang ada kakak,mesti kakak korang pun sama macam tu.Ha,ni lagi satu,"Brape ek harga tiket pergi Brunei?".Haih,aku pun tak tau nak jawab apa.

Malam ni,aku kena kemas ruang tamu.Bersihkan mana yang patut.Aku terima je memandangkan aku dah jadi anak dara and memang patut pon kena tolong mak aku.

Okaylah,setakat ni dulu.Aku ada hal sikit,nak main bunga api.Btw,depan rumah aku ada 12 pelita buluh.Seronok tau.Bila malam,cantik sangat.hehe.

Sekian.

p/s:aku masak lauk berbuka tadi.

1 comment:

kerepekpisangikanpari said...

haha..
*chewah..masak utk berbuke what an improvement..;)
~kerepek pisang